80 pelajar dijangkiti konjunktivitis, Kolej Genius Insan USIM ditutup seminggu - Utusan Malaysia

80 pelajar dijangkiti konjunktivitis, Kolej Genius Insan USIM ditutup seminggu

KOLEJ Genius Insan (KGI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terletak di Nilai, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 80 orang pelajar Kolej Genius Insan (KGI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai di sini telah dijangkiti wabak konjunktivitis sejak 7 Julai lalu.

Penyelaras Hal Ehwal Pelajar KGI, Nor Adlyizan Theis berkata, keadaan tersebut menyebabkan kolej berkenaan telah diarahkan tutup sehingga 21 Julai ini. 

Jelasnya, pelajar-pelajar yang dijangkiti mempunyai gejala gatal pada mata, mata menjadi merah, bengkak dan berair dan mereka disahkan menghidap konjunktivitis. 

“Pada mulanya, hanya seorang pelajar dijangkiti pada 7 Julai lalu kemudiannya menjangkiti rakan sebilik sebelum merebak. Pengarah Pusat Kesihatan USIM telah datang membuat tinjauan pada 13 Julai lalu dan mencadangkan KGI ditutup seminggu untuk menghentikan jangkitan. 

“Sehingga kini, terdapat 80 pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5 itu telah dijangkiti dan kami telah meminta pihak ibu bapa untuk membawa pelajar pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya