PETALING JAYA: Dianggarkan kira-kira tujuh juta rakyat negara ini yang berusia 18 tahun ke atas berisiko menghidap diabetes menjelang 2025, sekali gus meningkatkan kos perubatan yang perlu ditanggung kerajaan sebanyak RM5 bilion setahun untuk menangani masalah itu. Menurut laporan Perpustakaan Perubatan Amerika Syarikat (NCBI) berjudul Prevalence of type-2 diabetes and prediabetes in Malaysia: A systematic review and meta-analysis, Malaysia mempunyai kadar diabetes tertinggi di rantau Pasifik Barat dan antara yang tertinggi di dunia. Mengulas perkara itu, Pakar Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya