3R: PDRM serah siasatan 3R Hadi, Guan Eng, Sanusi kepada Peguam Negara

3R: PDRM serah siasatan 3R Hadi, Guan Eng, Sanusi kepada Peguam Negara

RAZARUDIN Husain (kanan) bersama Muhamad Zaki Harun semasa sidang media berkait Pilihan Raya Negeri (PRN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas siasatan lengkap berkiat isu menghina raja, agama dan kaum (3R) melibatkan tiga pemimpin parti politik iaitu Tan Sri Abdul Hadi Awang (Pas), Lim Guan Eng (DAP) dan Datuk Muhammad Sanusi Md. Nor (Pas) kepada pihak Peguam Negara minggu hadapan.

Ketua Polis negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan melibatkan ketiga-tiga tokoh itu sudah hampir lengkap selepas pihaknya merakam kesemua percakapan individu terlibat.

“Semua keterangan melibatkan ketiga-tiga itu telah diambil. Kesemua kes ini melibatkan Akta Komunikasi, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

“Setakat ini siasatan berkaitan 3R hanya melibatkan tiga kes sahaja. Ketiga-tiga kes ini sangat menarik, selebihnya kes-kes kecil,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Utusan Malaysia Sabtu lalu melaporkan, PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan Muhammad  Sanusi berhubung kenyataan beliau didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu.

Pada pihak polis turut selesai merakam percakapan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi disiasat berkaitan kenyataan yang mendakwa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan diamalkan negara Barat.

Sementara itu, Guan Eng pula mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal musnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

Muhamad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah disiasat berhubung kenyataan beliau  didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya