PUTRAJAYA: Sejumlah 204,452 graduan institusi pengajian tinggi (IPT) direkodkan berjaya mendapat pekerjaan selepas tamat belajar berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2022 yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 6 Julai lalu. Daripada jumlah itu, seramai 148,598 mendapat pekerjaan sektor swasta dan 28,642 pula memasuki sektor kerajaan serta 16,856 orang menjadi usahawan selain 10,356 bekerja dengan keluarga. Bagaimanapun, daripada jumlah keseluruhan 295,962 graduan pada tahun berkenaan, seramai 29,099 golongan itu belum bekerja. Graduan tidak bekerja itu paling ramai adalah daripada graduan IPTS iaitu meliputi 13,960 orang, diikuti graduan universiti awam (9,659 orang)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya