KOTA BHARU: Pas Kelantan menyifatkan tarikh 12 Ogos yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai hari ‘comel’ untuk proses pengundian di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Wan Roslan Wan Hamad berkata, tarikh yang jatuh pada Sabtu itu bakal membuka ruang yang lebih besar kepada masyarakat untuk keluar beramai-ramai dalam melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin bagi penggal akan datang. Menurutnya, selain itu tarikh tersebut turut dilihat mampu membantu meningkatkan jumlah peratusan mengundi pada PRN selepas ia jatuh pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya