10,000 pelajar tercicir ambil semula SPM -Fadhlina

10,000 pelajar tercicir ambil semula SPM -Fadhlina

FADHLINA Sidek bergambar bersama pelajar cemerlang pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2022, di Majlis Peperiksaan Malaysia, di sini hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10,000 pelajar tercicir membuat keputusan untuk mengambil semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ini susulan daripada laporan bahawa 30,000 pelajar tercicir daripada mengambil peperiksaan itu. 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan, keputusan itu dibuat oleh pelajar-pelajar tersebut hasil tinjauan pihak kementerian. 

“Kita sudah pun kenal pasti, 10,000 daripada mereka membuat permohonan mengulang SPM dan 20,000 lagi sedang dikenal pasti untuk mendapatkan maklumat penuh dimana mereka berada.

“10,000 ini terdiri daripada lepasan SPM daripada pelbagai tahun,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Anugerah Pelajar Terbaik STPM.

Kata beliau, ia menunjukkan ramai pelajar tercicir masih berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Usaha mereka mengulang SPM menandakan mereka berhasrat menyambung pengajian dan kita sangat mengalu-alukan hasrat mereka ini,” katanya.

Sejumlah 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon baharu SPM 2022 dan mendaftar kali pertama sekurang-kurangnya enam ma­ta pelajaran tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Sementara sejumlah 24,941 calon SPM 2021 tidak menduduki peperiksaan itu, menjadikan jumlah pelajar tercicir mencecah hampir 30,000.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya