YBR, MASAC dan USIM latih bekas penagih dadah - Utusan Malaysia

YBR, MASAC dan USIM latih bekas penagih dadah

PARA graduan bergambar bersama tetamu kehormat sewaktu Majlis Graduasi Program Latihan Jurulatih Pemulihan Bertauliah 2.0 di USIM, Nilai, Seremban baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Majlis Penggunaan Bahan Terlarang (MASAC) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini melatih bekas-bekas penagih dadah untuk menjadi jurulatih kepada penagih-penagih lain bagi kembali ke pangkal jalan.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, ia menerusi penganjuran program kursus kejurulatihan iaitu Latihan Jurulatih Pemulihan Bertauliah yang berkonsepkan mentor-mentee.

“Penganjuran kursus ini telah memberikan mereka peluang kedua, bersama pengalaman yang mereka sendiri pernah alami, mereka dapat memberi nasihat terbaik untuk penagih lain kembali ke pangkal jalan.

“Khidmat nasihat jurulatih ini diharap dapat mengembalikan mereka yang telah terjebak dengan penagihan dadah untuk kembali ke pangkal jalan dan berusaha menjadi manusia yang berguna kepada keluarga dan masyarakat.

“Pada masa yang sama ia juga dapat membantu menambah pendapatan mereka melalui ceramah serta khidmat nasihat,” katanya pada Majlis Graduasi Jurulatih Pemulihan Bertauliah 2.0 oleh MASAC di USIM, Nilai baru-baru ini.

Majlis penyerahan sijil telah disaksikan oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam Ketua Pusat Kecemerlangan Kementerian Kesihatan, Dr. Nurashikin Ibrahim, Presiden MASAC, Ahmad Lutfi Abdul Latiff dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Prof. Dr. Raduwan Idar.

Program berkenaan melibatkan seramai 40 orang peserta dengan tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah dari Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) USIM.

PROF. Dr. Raduwan Idar beramah mesra dengan salah seorang graduan pada Majlis Graduasi Program Latihan Jurulatih Pemulihan Bertauliah 2.0 di USIM, Nilai, Seremban baru-baru ini.

Latihan Jurulatih Pemulihan Bertauliah bagi tahun 2023 yang dilaksanakan secara dua siri ini direka khususnya kepada mereka yang sudah pulih dan ingin mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menangani ketagihan dadah.

Syaiful Rizal dalam pada itu berharap lebih ramai bekas-bekas penagih dapat ditauliahkan melalui program berkenaan kerana mereka lebih arif dan memahami cara untuk pulih daripada ketagihan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya