Wira terbabas langgar tembok masjid di pagi Aidiladha - Utusan Malaysia

Wira terbabas langgar tembok masjid di pagi Aidiladha

TEMBOK pagar Masjid Mahsan, Bahau, Jempol yang dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian ketika waktu solat sunat Aidiladha pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Jemaah yang menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Mahsan, Bahau di sini dikejutkan dengan kejadian kemalangan sebuah kereta melanggar tembok pagar masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 8.40 pagi membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu remaja berusia 18 tahun dan kereta jenis Proton Iswara dipandu seorang lelaki berusia 50-an.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika remaja berkenaan memandu berseorangan dari rumahnya menghala ke tempat kerja di Taman Industri Bahau.

“Setiba di tempat kejadian, semasa bergerak terus telah terlanggar bahagian belakang kereta Proton Iswara sebelum terbabas ke bahu jalan kiri dan terlanggar tembok pagar Masjid Mahsan. 

“Akibat daripada kemalangan ini, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN