Warga emas maut diseret pacuan empat roda dipandu lelaki positif dadah

Warga emas maut diseret pacuan empat roda dipandu lelaki positif dadah

KEADAAN pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki posotif dadah dalam kemalangan di jalan Kampung Jeram Tekoh di Gua Musang, Kelantan, semalam.-UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda sebelum diseret dalam kemalangan di jalan Kampung Jeram Tekoh di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 10.10 pagi itu, mangsa M. Noor Awang, 67, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda diseret sejauh 7.3 meter sebelum pacuan empat roda Mitsubishi Storm itu berhenti selepas merempuh sebuah rumah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun dalam perjalanan dari arah Kampung Jeram Tekoh menuju ke Kampung Baru Jeram Tekoh.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian kenderaan itu telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan mangsa dan melanggarnya yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa bersama motosikalnya diseret sejauh 7.3 meter sehingga kenderaan pacuan empat roda itu berhenti ketika merempuh sebuah rumah di sebelah kanan jalan. 

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Jeram Tekoh untuk rawatan dan kemudiannya telah disahkan meninggal dunia pada pukul 11.50 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, bagaimanapun pemandu kenderaan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, saringan air kencing yang dilakukan ke atas pemandu tersebut mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.

“Hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai rekod lampau penyalahgunaan dadah di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12 (2) ADB 1952.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu semasa berada di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya