Wanita mengandung di dakwa rompak warga emas

Wanita mengandung di dakwa rompak warga emas

TERTUDUH (kiri) diiringi polis semasa hadir untuk perbicaraan di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang suri rumah yang sarat mengandung hampir tujuh bulan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan cuba merompak seorang warga emas dengan menjerut leher dan mengacukan pemutar skru kepada wanita itu pada minggu lalu

Tertuduh, Nor Fahtihah Ahmadi, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Idzham Naim Che Ani. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menjerut leher mangsa, mengacukan pemutar skru dan cuba merompak Romainor Daud, 64.

Perbuatan itu dilakukan olehnya di Kampung Tanjung Chat, Jalan Sungai Keladi di sini kira-kira pukul 10 pagi hingga 11 pagi pada 22 Jun lalu. 

Nor Fahtihah didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Siti Aisyah Abdul Manah manakala tertuduh diwakili peguam Syed Muhammad Syafiq Syed Abu Bakar. 

Terdahulu, Siti Aisyah mencadangkan ikat jamin sebanyak RM15,000 diberikan kepada tertuduh.

Syed Muhammad Syafiq dalam rayuannya memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana anak guamnya itu sedang mengandung.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin selain menetapkan 18 Julai depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes. 

Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya