Usahawan ASEAN jatuh hati dengan cencaluk

Usahawan ASEAN jatuh hati dengan cencaluk

SEBAHAGIAN peserta menikmati masakan tradisional Melaka secara makan beradat di Balai Adat Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Rasanya cukup sedap dan saya teruja dapat makan cencaluk,” demikian kata salah seorang usahawan dari Myanmar, Khyn Hla Hla Aung, 76, yang merasai makanan itu sempena Sajian Silam Makan Beradat di Balai Adat Perkampungan Hang Tuah, Duyong di sini, baru-baru ini.

Hla Hla Aung berkata, makanan tradisional Melaka itu lebih menambat hatinya berbanding produk seakan-akan sama di negaranya yang turut menggunakan udang geragau sebagai bahan utama pembuatan.

“Di negara saya ada juga makanan seperti cencaluk namun makanan tradisional Melaka lebih mengujakan saya.

“Selain itu, asam pedas juga turut menarik minat dan saya sangat berasa rugi kerana hanya berpeluang berkunjung ke Melaka dalam tempoh singkat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Hla Hla Aung merupakan antara 18 peserta bengkel Kelestarian Pembungkusan Makanan Warisan ASEAN dan Pengkomersilan Untuk Pasaran Dunia anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jabatan Warisan Negara.

Kesemua peserta berpeluang melihat demonstrasi makanan warisan anjuran Institut Warisan Melaka (Inswa) di Balai Adat Perkampungan Hang Tuah.

Dalam pada itu, seorang lagi peserta, Cef Gene Gonzalez, 64, dari Filipina menyifatkan makanan tradisional negeri ini cukup eksotik dan enak.

“Saya sangat tertarik dengan cencaluk kerana apa yang saya rasa di Balai Adat Perkampungan Hang Tuah jauh lebih sedap.

“Berpeluang berkunjung ke negeri ini adalah satu pengalaman yang cukup menarik kerana dapat mengetahui peradaban masyarakat di sini,” jelasnya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya