UMP di tangga 301-400 dalam penarafan THE University Impact Rankings 2023 - Utusan Malaysia

UMP di tangga 301-400 dalam penarafan THE University Impact Rankings 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada di kedudukan 301-400 terbaik dunia daripada 1,591 universiti seluruh dunia dan ketujuh terbaik di Malaysia dalam penarafan Times Higher Education (THE) University Impact Rankings yang diumumkan baru-baru ini.

UMP tersenarai dalam tujuh matlamat pembangunan lestari (SDG) untuk SDG1: No Poverty (#101-200), SDG4: Quality Education (#301-400), SDG6: Clean Water and Sanitation (#101-200), SDG7: Affordable and Clean Energy (#53), SDG9: Industry, Innovation and Infrastructure (#401-600) dan SDG12: Responsible Consumption and Production (#201-300) dan SDG17: Partnership for the Goals (#101-200) yang menunjukkan hubungan baik universiti dengan pelbagai pihak dan peringkat termasuk komuniti serta industri.

Menurut Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin, dalam usaha mencapai matlamat Pembangunan Kampus Lestari berdasarkan Pelan Strategik UMP 2021-2025, universiti memfokuskan kemajuan pembangunan kampus lestari dan mampan.

“Pada tahun ini, Inisiatif Kampus Lestari akan dirancakkan dengan beberapa perancangan dalam mengurangkan impak pengangkutan terhadap alam sekitar dan Projek Pengairan Tanaman dan Penghutanan Kampus turut dijalankan menerusi kajian penyelidikan UMP Lestari Smart Irrigation Systems,” katanya di sini semalam.

Selain itu, Yuserrie berkata, pelbagai usaha akan terus dilaksanakan bagi memastikan amalan penjimatan tenaga dan sumber seperti pengurangan penggunaan air bersih melalui penggunaan peralatan cekap air, penukaran lampu sedia ada kepada lampu jimat tenaga secara berperingkat, serta penjimatan tenaga elektrik termasuk sasaran pengurangan pembebasan karbon turut dijadikan agenda utama UMP.

Menurutnya, UMP akan sentiasa berusaha keras dalam memperkasakan budaya amalan lestari di universiti bagi melindungi alam sekitar dan menyumbang kepada pembangunan mampan.

“UMP bertekad mencapai sasaran neutral karbon pada 2050 dan sudah memperkenalkan UMP Carbon Neutral Roadmap berdasarkan empat fasa penurunan karbon secara berperingkat.

“Matlamat utama THE Impact Ranking adalah mengenal pasti impak universiti dan kesannya terhadap masyarakat berdasarkan kejayaan institusi dalam melaksanakan 17 SDG yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah menggariskan semua SDG ini dengan matlamat untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan lebih mampan menjelang 2030,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya