UMNO nekad pertahan tiga kerusi DUN di Gua Musang

UMNO nekad pertahan tiga kerusi DUN di Gua Musang

Mohd. Syahbuddin Hashim (dua kanan) menyantuni kepada penduduk Orang Asli di Pos Balar, Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: UMNO nekad untuk terus mempertahankan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, pihaknya sudah membuat persiapan menghadapi PRN sudah bermula sebelum tempoh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berkuat kuasa pada Khamis lalu.

Menurutnya, jenteranya bertekad akan mempertahankan penguasaan bagi ketiga-tiga kerusi DUN iaitu Nenggiri, Paloh dan Galas

“Biro politik sudah mengadakan mesyuarat rasmi kira-kira sebulan lalu untuk membincangkan mengenai persediaan menghadapi PRN kali ini.

“Bermula daripada tempoh pembubaran DUN, saya dan rakan-rakan yang pernah menjadi wakil rakyat diminta untuk bersiap sedia terutamanya memperbaiki kelemahan sepanjang lima tahun bekerja untuk rakyat di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di Program Outreach dan Kembara Mesra Rakyat di Pos Balar di sini semalam.

Mohd. Syahbuddin memberitahu, jentera Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO ketika ini sudah menjalankan kerja-kerja di peringkat akar umbi.

Katanya, Ketua UMNO Bahagian ketika ini mengatur gerak kerja khusus dalam menitikberatkan persiapan jentera di peringkat cawangan.  

“Sebelum ini, kita adakan persiapan di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM). Bagi PRN kali ini, kita akan terus turun ke bawah untuk memastikan segala persiapan berjalan dengan lancar,”ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Pas Kelantan mungkin meletakkan calon untuk bertanding di kerusi-kerusi DUN di Parlimen Jeli dan Gua Musang pada PRN.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, langkah itu diambil susulan permintaan akar umbi parti itu di kedua-dua kawasan berkenaan dan permintaan itu telah pun disuarakan kepada pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya