Umat Islam perlu proaktif perbetul Islamophobia

Umat Islam perlu proaktif perbetul Islamophobia

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin, pertubuhan dan umat Islam di negara ini tidak sewajarnya bersikap defensif dalam mendepani golongan fobia, paranoid dan bersikap pesimistik terhadap Islam.

Pengerusi Bersama Terengganu International Summit 2023 (TIS 2023), Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sebaliknya semua umat Islam perlu bersikap lebih proaktif dan dinamik dalam membetulkan pemikiran serta kefahaman mereka tentang kesyumulan agama itu.

“Ingin juga ditegaskan bahawa pemimpin dan umat Islam mesti berpegang teguh kepada ajaran Islam yang syumul serta sentiasa mempromosi dan mendahulukan penyelesaian Islam dalam menangani isu dan masalah lokal dan global yang dihadapi.

“Penyatuan ummah juga menjadi syarat penting kepada keberhasilan agenda menentang Islamofobia yang sedang berleluasa dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Dalam pada itu, Dr. Muhammad Khalil berkata, semua wakil dalam persidangan itu turut bersetuju agar usaha penyatuan ummah antara pemimpin dan umat Islam diperkukuhkan bermula daripada setiap negara umat Islam sehinggalah mampu menghasilkan kelestarian kesatuan yang lebih utuh di peringkat antarabangsa.

“Fahaman Islamofobia bukan perkara remeh sebaliknya isu kritikal yang memerlukan kerjasama serta kesedaran semua pihak.

“Justeru, segala resolusi yang ditekankan dapat diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan fahaman Islamofobia dapat dibanteras,” katanya.

TIS 2023 yang berlangsung pada 1 Jun lalu turut dihadiri tokoh ilmuan, politik dan pendakwah Islam antaranya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Dr. Zakir Abdul Karim Naik diadakan bagi membincangkan isu-isu kritikal berkaitan umat Islam.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya