Tiga sekeluarga nyaris maut langgar tiga ekor kerbau lintas jalan - Utusan Malaysia

Tiga sekeluarga nyaris maut langgar tiga ekor kerbau lintas jalan

TIGA sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia dua tahun nyaris maut apabila Perodua Myvi dinaiki mereka terlanggar tiga ekor kerbau di Kilometer 15, Jalan Pekan-Kuantan di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Tiga sekeluarga nyaris maut apabila kereta dinaiki merempuh tiga ekor kerbau yang melintas jalan di Kilometer 15 Jalan Pekan-Kuantan di sini kira-kira pukul 8.46 pagi ini.

Ketika kejadian, mangsa, Wan Mohamad Zaki Wan Abd. Raman, 28, bersama isteri, Nur Izzati Zamri, 27, dan anak mereka berusia dua tahun, Wan Nur Zia Nafiza dikatakan dalam perjalanan dari Johor ke Kelantan.

Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kereta jenis Produa Myvi dinaiki mereka mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Ketua Polis Daerah, Suprintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, apabila sampai di tempat kejadian, sekumpulan empat ekor kerbau melintas dari arah kiri ke kanan.

“Pemandu kereta terbabit cuba menggelak ke sebelah kanan dan terlanggar tiga ekor kerbau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Zaidi berkata, siasatan mendapati kejadian kemalangan berpunca daripada binatang ternakan yang melintas jalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya