Tiga beradik maut lori bertembung kren - Utusan Malaysia

Tiga beradik maut lori bertembung kren

KEMALANGAN membabitkan sebuah lori dan kren hingga menyebabkan tiga maut dekat Kampung Sepakat, Kuala Rompin di Rompin, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Tiga beradik maut selepas lori dinaiki bertembung dengan sebuah kren dalam kemalangan di kilometer 136 Jalan Kuantan-Johor Bahru, dekat Kampung Sepakat, kira-kira pukul 7.35 malam, semalam.

Mangsa yang maut, Muhammad Firdaus Abu Bakar, 28, Muhammad Solihin, 21, dan Ahmad Jazuly, 17, dari Jalan Sungai Kolek, di sini.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Azahari Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu lori jenis Toyota Hiace.

Menurutnya, pemandu lori tersebut yang berusia 21 tahun dan merupakan pelajar Politeknik Muadzam Shah didapati tiada lesen serta memandu secara berbahaya.

“Lori itu dipandu oleh Muhammad Solihin manakala Muhammad Firdaus dan Ahmad Jazuly sebagai kelendan dan mereka dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala arah Kuantan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori kren,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azhari berkata, dalam kejadian itu, ketiga-tiga beradik berkenaan mengalami cedera parah di bahagian kepala dan kaki serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu kren yang berusia 38 tahun mengalami kecederaan di bahagian badan dan di hantar ke Hospital Rompin untuk tindakan lanjut. Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya