Tiada kompromi jika jual gula bersyarat - KPDN Kelantan

Tiada kompromi jika jual gula bersyarat – KPDN Kelantan

AZMAN Ismail (kiri) melihat bekalan beras pada program Jualan Rahmah yang diadakan di Dataran Kesedar, Bandar Baru, Gua Musang, Kelantan hari ini.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan tidak akan berkompromi dengan peniaga yang membuat penjualan gula secara bersyarat kepada pengguna di negeri ini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, pada masa sama pemantauan berterus ke atas bahan mentah itu terus dilakukan bagi memastikan bekalan sentiasa mencukup menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurutnya, setakat ini, harga gula yang ditetapkan pihak kerajaan adalah di bawah harga kawalan iaitu RM2.85 sekilogram.

“Sekiranya ada yang menjual lebih daripada harga kawalan, kita akan ambil tindakan serta merta kerana amaran sudah diberikan.

“Jadi, peniaga-peniaga diharap bersama-sama bantu rakyat dengan tidak mengambil kesempatan di dalam keadaan terdesak terutamanya di musim Hari Raya Aidiladha,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jualan Rahmah Parlimen Gua Musang di Dataran Kesedar, Bandar Baru di sini hari ini.

Azman memberitahu, setakat ini, pihaknya menerima aduan dua kes di daerah Pasir Mas yang menjual gula melebihi harga kawalan.

Katanya, kerajaan akan mewujudkan skim untuk barang-barang kawalan setiap kali musim perayaan.

“Kita bimbang pengusaha akan mengambil kesempatan apabila permintaan barangan tinggi.

“Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan pengguna tidak menerima kesan dengan kenaikan harga yang tidak munasabah,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya