Terengganu jangan jadi 'Kelantan kedua' - Ahmad Said

Terengganu jangan jadi ‘Kelantan kedua’ – Ahmad Said

AHMAD Said bergambar bersama jentera pilihan raya BN selepas Pelancaran Jentera PRN BN peringkat negeri Terengganu di Alor Limbat, Marang pada PRN Ogos lalu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: UMNO Terengganu tidak menolak kemungkinan negeri ini akan menjadi negeri ‘Kelantan kedua’ sekiranya Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, Terengganu akan ketinggalan seperti kelantan apabila tiada pembangunan  bagi meningkatkan ekonomi rakyat  dilaksanakan di negeri itu sejak Pas memerintah lebih 30 tahun.

Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan terdapat ramai rakyat di negeri jiran itu terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki setelah tidak banyak peluang pekerjaan disediakan di negeri itu.

“Kebanyakan rakyat Terengganu tidak mahu keluar (berhijrah), jadi mangsa (tiada peluang pekerjaan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Ceramah Perdana Gelombang Biru 2.0 sempena Pelancaran Jentera PRN BN peringkat negeri Terengganu di Alor Limbat dekat sini, malam tadi.

Ahmad yang juga bekas Menteri Besar Terengganu menambah, kemudahan infrastruktur di negeri ini juga ketinggalan seperti di Kelantan sekiranya Pas kekal memerintah negeri ini.

“Di Kelantan, (bekalan) air kuning (keruh) berapa puluh tahun dah, lebih tiga puluh tahun, masih tak selesai,” ujarnya. 

Sehubungan itu, beliau berkata, beliau mengharapkan pengundi di Terengganu dapat menyokong dan memberi kemenangan kepada BN untuk memastikan negeri ini lebih pesat membangun selepas ini.

Menurutnya, kemenangan tersebut penting bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan kerajaan Pusat, selain mempunyai hubungan baik bagi menjamin lebih banyak peruntukan pembangunan disalurkan.

“Kita mesti selaras antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat. Kalau berasingan akan jadi masalah.

“Sebab itu kita nak supaya pengundi yang menyokong Pas untuk Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beri balik (undi) kepada BN.

“Malah, BN boleh mencapai kemenangan sekiranya 20 peratus ahli UMNO yang menyokong Pas (PRU15) kembali menyokong BN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya