Sultan Selangor, Permaisuri berangkat tunai haji

Sultan Selangor, Permaisuri berangkat tunai haji

SULTAN Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji di Kompleks Bunga Raya, Sepang Selangor. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji bermula hari ini hingga 4 Julai depan.

Keberangkatan baginda ke Tanah Suci diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bersama beberapa lagi ahli rombongan.

Antara yang menyertai rombongan menunaikan haji adalah Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir; Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Abdul Karim Maasaeng Al-Makki dan Pengurus TH Travel & Services, Syahrimi Ilias.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan berangkat bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor.

Sebelum berlepas, baginda berkenan menunaikan solat Zohor berjemaah dan menikmati santapan ringan.

Upacara keberangkatan baginda ke Tanah Suci itu disusuli dengan bacaan doa oleh Timbalan Mufti Selangor, Prof Madya Dr. Miszairi Sitiris dan laungan azan oleh Imam Masjid SSAAS.

Pesawat khas yang membawa baginda berdua serta rombongan haji berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada pukul 3 petang.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada baginda berdua.

Semalam, media melaporkan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf yang menjadi kemuncak haji adalah pada 27 Jun ini, sementara Hari Raya Aidiladha akan disambut pada 28 Jun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya