Suami isteri kesan bapa kandung anak angkat - Utusan Malaysia

Suami isteri kesan bapa kandung anak angkat

MOHD. FADZILAH SURADI dan isterinya bersama-anak anak angkat, Ahmad Taufiq di kediaman mereka di Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sepasang suami isteri di sini sedang mengesan bapa kandung anak angkat mereka yang dijaga sejak berusia dua tahun.

Mohd. Fadzilah Suradi, 45, dan isterinya, Hasnah Nasir, 37, telah menjaga Ahmad Taufiq Hidayah Ahmad Fazli yang kini berusia 11 tahun.

Menurutnya, Ahmad Taufiq diserahkan oleh ibu kandungnya, Sumiati Amsah, 35, yang mempunyai pertalian  persaudaraan jauh dengan isterinya di Klang pada 2014.

“Ibu kandungnya ketika itu ada masalah dengan suaminya. Kami mula mengambil Ahmad Taufiq sebagai anak angkat sejak 6 Jun 2014, ketika itu bapanya difahamkan sudah tidak pulang ke rumah. 

“Desakan ekonomi menyebabkan ibu kandungnya tidak kemampuan untuk membesarkan dan menjaga Ahmad Taufiq lalu menyerahkan kepada kami untuk dijaga.

“Kami masih berhubung baik dengan ibu kandungnya, cuma memerlukan kehadiran bapanya untuk melancarkan urusan proses pengambilan anak angkat secara sah,” katanya ditemui, di sini hari ini.

Mohd. Fadzilah berkata, segala urusan dokumentasi sedang dilakukannya bersama isteri untuk memastikan proses pengambilan anak angkat dibuat secara sah termasuk membuat laporan polis di balai berhampiran. 

“Tahun depan usianya sudah 12 tahun dan perlu membuat kad pengenalan. Kami suami isteri dengan ikhlas hati mahu menjaga Ahmad Taufiq dan memastikan dia dapat membesar tanpa ada masalah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya