SPM: `Calon cemerlang jadikan lonjakan, calon sebaliknya bukan pengakhiran’ - Utusan Malaysia

SPM: `Calon cemerlang jadikan lonjakan, calon sebaliknya bukan pengakhiran’

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucap tahniah kepada semua calon yang menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hari ini.

Anwar berkata, bagi yang memperoleh keputusan cemerlang semoga ia menjadi batu loncatan di dalam hidup masing-masing manakala  bagi mereka mendapat keputusan sebaliknya beliau menasihati calon berkenaan menjadikan keputusan tersebut sebagai pembakar semangat.

“Kepada yang peroleh keputusan cemerlang, semoga ia berikan lonjakan bermakna untuk mendepani langkah seterusnya.

“Kepada yang tidak, ini bukan pengakhiran, sebaliknya harus bangkit kuat dengan tekad dan azam untuk cipta kejayaan baharu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, seramai 10,109 orang daripada 373,974 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang semua A.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, jumlah calon cemerlang itu meningkat 2.7 peratus berbanding 9,696 orang pada SPM 2021.

Beliau berkata, seramai 75,322 calon atau 20.1 peratus pula memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian.

Dalam perkembangan sama, pencapaian calon bagi SPM 2022 merekodkan peningkatan apabila jumlah layak dapat sijil meningkat kepada 91.6 peratus.

Peratus layak dapat sijil itu adalah yang terbaik sejak syarat pensijilan 2013 diperkenalkan dan buat julung kalinya melebihi 90 peratus.

Sementara itu, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menyampaikan salut kepada kumpulan ibu-bapa dan warga pendidik yang berterusan memberi dukungan kepada anak bangsa.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya