Sokongan psikososial kepada Muhammad Syahril - Fadhlina

Sokongan psikososial kepada Muhammad Syahril – Fadhlina

MUHAMMAD Syahril Saidi menunjukkan keputusan SPM 2022 yang diperolehnya selepas meraih 11A di rumahnya di Kampung Kandis, Bachok, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia memberikan sokongan psikososial kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Syahril Saidi, 18, susulan kematian ibunya, malam tadi.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beliau merakamkan ucapan takziah buat Muhammad Syahril sekeluarga di atas pemergian ibu tersayang.

“Saya doakan semoga anakanda yang baik dan cerdik ini terus diberikan ketabahan dalam menempuhi tempoh yang sukar ini.

“Saya juga mohon agar orang awam memberikan ruang yang wajar kepada keluarga Allahyarham,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Ibu Muhammad Syahril, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar kira-kira pukul 8 malam tadi.

Sebelum ini, kisah Muhammad Syahril tular selepas pengorbanan pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang itu menjaga ibunya yang terlantar sakit, namun berjaya memperoleh keputusan semua A dalam SPM yang diumumkan, Khamis lalu.

Muhammad Syahril memperoleh keputusan 11A dalam keputusan SPM yang diumumkan pada Khamis lalu, malah pihak sekolah sendiri hadir ke rumahnya bagi menyerahkan keputusan itu kerana dia perlu menjaga ibunya yang tidak sihat ketika itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya