Sewa naik 700%, peniaga luah kecewa - Utusan Malaysia

Sewa naik 700%, peniaga luah kecewa

PEGAWAI Ahli Parlimen Johor Bahru, Mohammad Salleh Ahmad (duduk kanan) mendengar keluhan para peniaga Pasar Taman Suria ekoran tindakan pemilik premis ingin menaikkan kadar sewa sehingga 700 peratus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keputusan pihak pengurusan mahu menaikkan kadar sewa lot niaga di Pasar Taman Suria di sini sehingga 700 peratus merunsingkan golongan peniaga di premis berkenaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, pihaknya menerima banyak aduan tentang perkara tersebut, baru-baru ini.

“Majoriti peniaga di pasar berkenaan terkejut kerana dimaklumkan kadar sewa antara RM40 hingga RM100 sebulan akan dinaikkan kira-kira RM800 sebulan.

“Peniaga terlibat berasa kecewa dan bimbang kerana mereka boleh digantikan dengan penyewa lain sekiranya tidak mematuhi arahan kenaikan harga tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru turut memberitahu, peniaga turut menzahirkan tindakan pemilik premis menaikkan kadar sewa tidak bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa.

“Jualan mereka juga menunjukkan pengurangan sehingga beberapa peniaga hanya merekodkan kira-kira 50 peratus jualan berbanding tahun-tahun terdahulu.

“Sehubungan itu, saya akan membincangkan isu ini dengan pemilik premis bagi mencari solusi terbaik buat kedua-dua pihak,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya