Sembilan ditahan polis disyaki terlibat kes gaduh di Sri Jaya - Utusan Malaysia

Sembilan ditahan polis disyaki terlibat kes gaduh di Sri Jaya

TANGKAP layar pergaduhan membabitkan sembilan lelaki di Sri Jaya, Maran, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Polis daerah ini menahan sembilan lelaki berusia 23 hingga 59 tahun disyaki terlibat dalam pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham di Sri Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Norzamri Abd. Rahman berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1 tengahari semalam.

Menurutnya, dalam kejadian itu, tiga suspek mengalami cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di klinik kesihatan berhampiran.

“Hasil siasatan awal, pergaduhan itu tercetus akibat perselisihan faham selepas salah seorang suspek meletakkan motosikalnya di belakang kereta dan menghalang laluan kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norzamri berkata, susulan kes itu, klip video pergaduhan membabitkan beberapa individu itu mula tular di WhatsApp.

“Kesemua suspek ditahan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya