Scammer guna nama syarikat sedia ada, tipu jual kereta terpakai - Utusan Malaysia

Scammer guna nama syarikat sedia ada, tipu jual kereta terpakai

CHANG Sang Tat (tengah) bersama beberapa penjual kereta menunjukkan salinan laporan polis berhubung penipuan scammer jualan kereta terpakai secara dalam talian di Jalan Beserah di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Penjual kenderaan terpakai di sini tertekan dan khuatir apabila nama syarikat dan gambar kereta yang dijual mereka digunakan oleh scammer yang aktif menipu pembeli secara dalam talian.

Sindikit penyamaran penjualan kenderaan terpakai itu aktif sejak dua tahun lalu kes penipuan dilakukan semakin meningkat sehingga mencecah 100 kes setakat bulan ini.

Pengerusi Persatuan Perniagaan Motor dan Kredit (FMC) Pahang, Chan Sang Tat berkata, berdasarkan laporan polis dibuat, kes tersebut membabitkan penipuan dalam urusan pembayaran deposit pembelian namun kenderaan yang diinginkan tidak menjadi milik pembeli.

Menurutnya, sindiket terbabit menggunakan nama beberapa syarikat yang berdaftar dengan FMC untuk mengaburi mata pembeli.

“Ada yang membayar deposit antara RM500 hingga RM3,000 untuk memiliki kereta diinginkan. Mereka menawarkan pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Kebanyakan mangsa melihat gambar kereta di media sosial dan tertarik dengan tawaran itu dan bukannya datang ke premis dan akhirnya pembeli akan menanggung kerugian selepas pembayaran dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Mengulas lanjut, Sang Tat berkata, orang ramai yang ingin membeli kereta terpakai perlu membuat urusan secara terus termasuk pembayaran deposit dan bukan secara dalam talian.

“Pembeli yang ingin membeli kereta terpakai digalakkan datang ke premis jualan kenderaan untuk menggelak daripada menjadi mangsa.

“Membeli kereta bukannya hanya melalui telefon malah perlu ke kedai melihat kereta yang diinginkan secara fizikal… pembeli kena datang ke kedai dan lihat dengan lebih dekat serta memandu uji terlebih dahulu.

“Selain itu, kami (ahli persatuan) juga tidak menyediakan sebarang pinjaman untuk pembelian kereta malah hanya membeli dan menjual kereta sahaja… Ini kerana ada juga pembeli yang datang membawa surat kelulusan pinjaman daripada syarikat mangsa (penjual),” katanya.

Ahli FMC, Thomas Wong berkata, tindakan ‘scammer’ menggunakan nama syarikat dan gambar kereta yang dijual miliknya di media sosial, menyebabkan imej syarikatnya terjejas.

Jelasnya, akibat tindakan scammer itu, penjualan kereta khususnya kenderaan terpakai mengalami kemerosotan sehingga 50 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya