Salah satu suara macam Najib -Mohd. Irwan Siregar

Salah satu suara macam Najib -Mohd. Irwan Siregar

Mohd. Irwan Serigar Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Sesiapa sahaja boleh mengecam suara itu, tetapi perbualan tersebut tidak berlaku di hadapan saya, jadi, saya katakan, salah satu suara itu seperti suara Datuk Seri Najib, satu lagi (suara) seperti orang Arab.”

Itu keterangan yang diberikan oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah apabila disoal mengenai empat rakaman audio perbualan di antara dua individu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mohd. Irwan dalam keterangannya hari ini menyatakan tiga daripada rakaman tersebut adalah perbualan di antara seseorang yang kedengaran seperti Datuk Seri Najib Tun Razak dan seorang lelaki Arab.

Satu lagi rakaman adalah di antara Najib dan Amhari (bekas Bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin).

Pada 14 November 2022, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, mendiang Tan Sri Gopal Sri Ram cuba memainkan klip audio tersebut dan meminta Mohd. Irwan mengenal pasti suara yang berada dalam rakaman itu.

Salah satu rakaman tersebut antara lain memaparkan suara kedengaran seperti Najib itu memanggil seorang individu sebagai ‘Yang Teramat Mulia’ dan bercakap mengenai keperluan menyelesaikan kebuntuan berhubung isu 1MDB serta International Petroleum Investment Co (IPIC) yang didakwa memalukan Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu.

Rakaman audio tersebut bagaimanapun dibantah oleh peguam bela utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah atas alasan rakaman tersebut diperoleh dengan cara tidak sah.

Menurut peguam itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mungkin tidak mematuhi Seksyen 43 Akta SPRM 2009 berhubung cara mendapatkan rakaman audio terbabit sekali gus menafikan hak asasi dan privasi Najib serta hak mendapatkan perbicaraan adil mengikut Perkara 5 (kebebasan diri) dan Perkara 8 (kesamarataan) Perlembagaan Persekutuan.

Pada prosiding hari ini, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa rakaman-rakaman audio itu boleh dimainkan dan diterima masuk sebagai bukti.

Mohd. Irwan selaku saksi pendakwaan ke-42 dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes Najib yang didakwa berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketika disoal balas oleh Muhammad Shafee berhubung rakaman-rakaman audio tersebut, Mohd. Irwan menyatakan beliau tidak dapat memastikan sama ada rakaman tersebut adalah palsu atau sebaliknya kerana bukan seorang pakar.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan cadangan peguam terbabit bahawa tanpa mendengar keseluruhan rakaman perbualan tersebut, seseorang tidak akan mengetahui konteks sebenar perbualan itu.

Perbicaraan bersambung 7 Julai ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya