PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini semalam melepas dan membebaskan 17 individu yang merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, Subang Jaya lima tahun lalu dan turut mengorbankan Muhammad Adib Mohd. Kassim. Dalam kejadian pada 27 November 2018, anggota bomba, Muhammad Adib cedera parah akibat dipukul perusuh ketika beliau dalam operasi memadamkan kenderaan yang terbakar di hadapan kuil berkenaan. Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 17 Disember 2018. Pada prosiding semalam, Majistret Muhammad Iskandar Zainol memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan kesemua tertuduh tanpa memanggil mereka membela diri selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya