Rozilan ziarah kasih ibu tunggal terlantar akibat angin ahmar - Utusan Malaysia

Rozilan ziarah kasih ibu tunggal terlantar akibat angin ahmar

ROZILAN Salleh (dua dari kanan) menyantuni Faridah Mohamad di kediamannya di Jerantut Feri di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Rozilan Salleh mengadakan program ziarah kasih menyantuni Faridah Mohamad yang terlantar hampir setahun akibat serangan angin ahmar di rumahnya di Jerantut Feri di sini baru-baru ini.

Turut mengiringinya, Ketua UMNO Cawangan Jerantut Feri, Mohd. Rosmizal Mat Lia.

Rozilan berkata, Faridah yang merupakan bekas ketua wanita parti itu Cawangan Peda di sini seorang ibu tunggal dan kini tinggal bersama anaknya di Jerantut Feri.

“Faridah sebelum ini mengusahakan jualan makanan, namun kini dia tidak mampu lagi berbuat demikian ekoran penyakit yang dihidapinya.

“Ibu tunggal ini turut mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sudah dimohon bagi menampung kehidupannya bersama keluarga,” katanya di sini semalam.

Dalam program ziarah kasih tersebut, Rozilan turut menyampaikan sumbangan bagi mengurangkan beban perbelanjaan ditanggung oleh ibu tunggal terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya