Rebut peluang perniagaan sebelum diambil 'pihak luar' - Utusan Malaysia

Rebut peluang perniagaan sebelum diambil ‘pihak luar’

ONN HAFIZ GHAZI menyampaikan geran bernilai RM210,000 kepada Muhammad Fadzli Hasan (kanan) sambil diperhatikan oleh Mohd. Hairi Mad Shah pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Felda Wilayah Johor Bahru & Penyerahan Sumbangan Bantuan Majlis Belia Felda Negeri Johor di Hotel Amari, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Golongan belia termasuk di tanah rancangan Felda digesa merebut pelbagai peluang perniagaan sedia ada sekiranya tidak mahu direbut ‘pihak luar’.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peluang perniagaan di negeri ini dijangka akan terus berkembang pada masa depan termasuk disebabkan limpahan ekonomi dari Singapura.

“Harga hartanah di sana (Singapura) semakin meningkat. Pelaburan di sini semakin lama semakin banyak kerana kos untuk memulakan perniagaan di Johor, secara puratanya 70 peratus lebih murah daripada berniaga di sana.

“Selain itu, turut pesat membangun adalah sektor pelancongan kerana potensinya ada memandangkan ramai yang berada di Singapura bukan sahaja warga republik itu, malah juga dari benua Eropah, Australia dan Jepun.

“Kita ada kelebihan, iaitu faktor alam semula jadi dan kita lihat Felda ada banyak alam semula jadi. Jadi, kalau belia Felda tidak ambil kesempatan peluang perniagaan yang ada, saya risau orang luar akan rebut peluang itu,” katanya semasa merasmikan pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Felda (MBF) Wilayah Johor Bahru dan Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan MBF Negeri Johor, di sini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah dan Presiden MBF Malaysia, Muhammad Fadzli Hasan yang juga Pengerusi MBF Johor.

Onn Hafiz juga mahu supaya MBF mengadakan pertemuan dengan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri ini bagi menyusun perancangan serta strategi yang dapat dimanfaatkan kedua-dua pihak.

“Kalau boleh, kita adakan satu sesi dengan belia negeri ini. Mungkin boleh dibuat segera supaya anak muda negeri ini tahu perkembangan terkini dan peluang-peluang yang ada untuk mereka rebut.

“Kalau kita semua gembleng tenaga, Johor akan jadi negeri maju pada 2030,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Onn Hafiz turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM360,000 kepada 72 persatuan di bawah MBF Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya