Projek LTU 5B, 5A dibuka Ahad depan

Projek LTU 5B, 5A dibuka Ahad depan

ABDUL Rahman Mohamad (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada kontaktor selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 46 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Kelantan di, Kota Bharu Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) bagi laluan 5B dan sebahagian 5A di Raub, Pahang akan dibuka kepada pengguna jalan raya pada Ahad depan sekali gus memberi kemudahan kepada perantau yang pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pembukaan laluan sepanjang 17 kilometer turut melibatkan jalan susur keluar ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub.

“Kemudahan ini sekali gus dapat menjimatkan perjalanan selama 40 minit untuk pulang ke kampung.

“Kita jangkakan 500,000 kenderaan Kelantan akan melalui jalan berkenaan itu nanti,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 46 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Kelantan di sini hari ini.

Abdul Rahman memberitahu, projek tersebut turut memberi manfaat kepada rakyat Pahang.

Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengarahkan kontraktor terlibat supaya menyiapkan segera laluan tersebut.

“Satu lagi seksyen juga akan dibuka pada September ini melibatkan susur keluar persimpangan perindustrian Raub. Projek tersebut sepatutnya siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya