PRN: Muhammad Faiz serah nasib pada parti

PRN: Muhammad Faiz serah nasib pada parti

MUHAMMAD Faiz Fadzil (dua kiri) ketika mengagihkan bantuan kepada nelayan PNK Bachok, di D'Haritage Resort and Training Center, Bachok, Kelantan hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Muhammad Faiz Fadzil menyerahkan kepada pucuk kempimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk mengekalkannya sebagai calon atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang tidak lama lagi.

Muhammad Faiz berkata, sebagai ahli yang wala’ kepada parti beliau berlapang dada menerima keputusan yang akan dibuat nanti.

“Soal jadi calon atau tidak, saya serah kepada keputusan pucuk pimpinan tertinggi. Saya adalah orang parti dan terikat dengan keputusan (parti).

“Saya akan menerima apa keputusan serta sedia menggalas amanah yang bakal dipertanggungjawabkan,” katanya selepas diminta mengulas sama ada beliau akan dikekalkan sebagai calon.

Terdahulu, beliau yang merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyampaikan bantuan enjin bot, pukat dan tong ikan kepada 40 penerima di D’Haritage Resort and Training Center, di sini hari ini.

Terdapat desas-desus mengatakan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izah Awnar akan diberikan tempat untuk bertanding di kawasan tersebut pada PRN nanti.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Muhammad Faiz menang kerusi tersebut dengan majoriti 2,981 undi menewaskan calon Pas Muhammad Fauzi Yusoff dan Barisan Nasional (BN) Anuar Faisal Yahaya.

Muhammad Faiz memperoleh undi 9,708, Muhammad Fauzi (6,727) dan Anuar Faisal (4,979).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN