PRN: Muda NS jumpa parti gabungan Kerajaan Perpaduan bincang gerak kerja - Utusan Malaysia

PRN: Muda NS jumpa parti gabungan Kerajaan Perpaduan bincang gerak kerja

muda
TARMIZI ANUWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Negeri Sembilan akan mengadakan pertemuan dengan parti-parti membentuk Kerajaan Perpaduan bagi membincangkan gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi Muda Negeri Sembilan, Tarmizi Anuwar berkata, di peringkat parti itu di negeri ini, persiapan untuk menghadapi PRN telahpun dilaksanakan.

“Kami akan ada beberapa perjumpaan dengan parti politik lain dalam gabungan Kerajaan Perpaduan bagi melihat gerak kerja yang boleh dilakukan bersama untuk menghadapi PRN. Perjumpaan itu tidak akan berbincang berkenaan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi.

“Agenda kami ketika ini adalah untuk membantu masyarakat dan kerjasama antara parti ini boleh dilakukan untuk tujuan itu,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, ditanya sama ada Muda akan bertanding dan meletakkan calon pada PRN di negeri ini, Tarmizi memberitahu bahawa pihaknya bersedia namun ia tetap bergantung kepada situasi semasa.

“Belum ada sebarang keputusan kerana ia masih dalam perbincangan, insya-Allah dalam masa terdekat, dalam seminggu lagi. 

“Kami bersedia namun perlu mengikut situasi semasa adakah ia sesuai atau pun kami perlu melakukan strategi yang berbeza jadi (perkara) itu akan diputuskan dalam masa terdekat. 

“Muda adalah parti yang baharu dan perlu meneruskan perjumpaan dengan orang ramai orang dan mengadakan pertemuan dengan komuniti agar masyarakat mengenali kami,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya