PRN: MCA tunggu selesai bahagi kerusi baru susun jentera - Utusan Malaysia

PRN: MCA tunggu selesai bahagi kerusi baru susun jentera

WEE KA SIONG mengundi bagi memilih Ketua MCA Bahagian Johor Bahru di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: MCA hanya akan membuat keputusan tentang gerak kerja jentera parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi selepas pembahagian kerusi antara parti komponen selesai.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, setakat ini pembahagian kerusi masih belum dimuktamadkan.

“Setakat ini kita belum muktamadkan pembahagian kerusi, tetapi sekiranya kita hentam sesama parti dalam kerajaan perpaduan, kalau kita gaduh dahulu itu tidak akan bawa kita ke mana-mana.

“Jadi apa yang lebih penting adalah bagaimana hendak terjemah semangat kebersamaan dalam kerajaan perpaduan, caranya adalah dengan mengadakan rundingan kerusi.

“Daripada situ setiap parti akan buat keputusan masing-masing bagaimana untuk berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, ada parti akan dapat kerusi yang diidamkan dan ada parti yang tidak. Jadi, adalah penting untuk mententeramkan parti yang tidak dapat, itu antara cabarannya,” katanya selepas mengundi bagi memilih jawatan Ketua MCA Bahagian Johor Bahru yang di Dewan Jubli Intan, di sini hari ini.

Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam memberitahu, tiada makna perancangan awal dibuat sebelum setiap parti dimaklumkan kerusi DUN mana yang akan ditandingi mereka.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Enam negeri yang bakal mengadakan PRN ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya