PRN: Bersatu dapat lapan kerusi di Kelantan

PRN: Bersatu dapat lapan kerusi di Kelantan

WAN Roslan Wan Hamat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan diberi lapan kerusi oleh Pas untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, agihan tersebut berpandukan status quo yang telah diselesaikan pada peringkat awal perundingan.

Menurutnya, keputusan itu menyaksikan Pas akan bertanding di 37 kerusi pada PRN itu nanti.

“Pada asasnya pembahagian kerusi antara parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) sudah di negeri ini sudah selesai dan Pas akan mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lalu.

“Kerusi-kerusi dimenangi oleh BN kita serahkan kepada Bersatu manakala Gerakan tidak bertanding pada mana-mana kerusi di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar Mr. Awang Selamat 2023 di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubur itu memberitahu, PN Kelantan sudah menubuhkan jentera pilihanraya yang kini hanya menunggu masa untuk melaksanakan gerak kerja.

Katanya, ketika ini pihaknya sedang pembubaran DUN dan bila tarikh penamaan calon untuk PRN.

“Berkenaan calon, PN mempunyai ramai calon berkelayakan. Kita minta setiap DUN kemukakan calon-calon yang diyakini boleh memenangi pilihanraya dan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan parti,” ujarnya.

Pada pilihan raya lalu, Pas memang 37 kerusi DUN daripada 45 yang dipertandingkan.

Daripada jumlah tersebut, tujuh dimenangi oleh BN manakala satu Bersatu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya