PRN: Annuar sedia jadi pilihan terakhir Pas

PRN: Annuar sedia jadi pilihan terakhir Pas

ANNUAR Musa semasa berceramah pada Ceramah Mega Ppakat Pertahan 'Pas Pilihanku' di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa bersedia menjadi pilihan terakhir Pas sekiranya parti itu membuka ruang kepadanya untuk diangkat sebagai calon seterusnya bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Annuar berkata, jika diberi kepercayaan beliau akan mengadakan perbincangan dengan pucuk pimpinan parti untuk mengetahui apa tujuan diberikan tanggungjawab berbuat demikian.

Menurutnya, bagaimanapun urusan penentuan calon diserahkan kepada pucuk pimpinan dan mengakui tidak kisah jika beliau tidak bertanding.

“Saya tidak bertanding pun tidak mengapa, asalkan UMNO tidak menang. 

“Masuk Pas bukan untuk menjadi calon semata-mata sebaliknya saya ikhlas untuk berjuang demi kepentingan agama dan bangsa Melayu,” katanya semasa berceramah pada Ceramah Mega Ppakat Pertahan ‘Pas Pilihanku’ di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi.

Ceramah tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Kamarudin Md. Nor dan pemimpin kerajaan negeri.

Bekas Setiausaha Agung UMNO itu memberitahu, menyertai Pas bukannya perkara mudah memandangkan sudah 50 tahun mengabdikan diri dalam UMNO.

Katanya, sebelum ini beliau sudah mencuba untuk tidak duduk dalam mana-mana parti namun gagal kerana politik sudah sebati dengan dirinya.

“Pada 1 Rejab semasa berada di Makkah, saya menghubungi Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk memaklumkan saya mahu menyertai parti itu.

“Tiada siapa yang suruh, sebaliknya saya lakukan dari hati yang ikhlas kerana mahu perjuangkan agama dan bangsa serta tanah air,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya