PRN: Annuar Musa boleh jadi calon Pas

PRN: Annuar Musa boleh jadi calon Pas

ANNUAR Musa (tengah) bersama Ahmad Yakob dan Kamarudin Md. Nor (kanan) semasa  Ceramah Mega Ppakat Pertahan 'Pas Pilihanku' di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa boleh dipilih menjadi calon Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan akan berlangsung tidak lama lagi selepas menyertai parti itu kelmarin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, semua ahli Pas boleh menjadi calon wakil rakyat termasuk Annuar.

“Mana-mana ahli Pas berhak jadi calon sekiranya difikirkan sesuai oleh parti. 

“Sudah tentu calon yang diberikan kepercayaan itu mampu memberikan kemenangan kepada kita (Pas),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Ceramah Mega Ppakat Pertahan ‘Pas Pilihanku’ di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi.

Ceramah tersebut turut dihadiri oleh Annuar, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Kamarudin Md. Nor dan pemimpin kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu memberitahu, bagaimanapun Pas masih belum sebarang keputusan berhubung masa depan Annuar.

Katanya, pada masa sama Pas sudah menyenarai pendek calon-calon yang akan diketengahkan pada PRN melibatkan enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang.

“Senarai calon itu ada muka lama dan baharu yang akan ditonjolkan dalam usaha memastikan Pas terus diberi mandat oleh rakyat.

“Alhamdulillah, bermula Januari hingga Mei setakat ini, kita (Pas) menerima 20,000 keahlian baharu. Secara purata setiap bulan kita menerima sekitar 4,000 ahli baharu yang meliputi semua peringkat umur,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya