PRN: 20 kerusi Pas bakal tergugat di Kelantan

PRN: 20 kerusi Pas bakal tergugat di Kelantan

MUHAMAD Husain (tiga kanan) selepas Majlis Penyampaian Bantuan Program Peningkatan Pendapatan Petani Agro Industri selain padi (ternakan unggas) Tahun 2023 di Selising, Pasir Puteh, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kedudukan Pas di negeri ini bakal tergugat apabila 20 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu sebelum ini berada dalam keadaan tidak selamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Muhamad Husain berkata, jumlah undi yang dicampur antara parti itu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu meletakan kedudukan Pas menjadi terancam.

Menurutnya, PH dan BN akan bekerja lebih keras bagi memastikan gabungan itu berjaya meraih kemenangan sekali gus memberi tekanan kepada Pas selepas PRN nanti.

“PH dan BN sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan Pas nanti. Alhamdulillah kerjasama antara kami bertambah erat menuju PRN.

“Senarai nama untuk calon PH sudah kita serahkan kepada pucuk kepimpinan pusat untuk diputuskan. Semuanya berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Program Peningkatan Pendapatan Petani Agro Industri selain padi (ternakan unggas) Tahun 2023 di Selising hari ini.

Muhamad yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memberitahu, PH sah bertanding di 14 kerusi daripada 45 DUN di negeri ini pada PRN nanti.

Katanya, ia melibatkan kerusi di DUN Limbongan (Pasir Puteh); Tawang (Bachok), Kadok (Ketereh); Panchor (Pengkalan Chepa); Tanjong Mas, Kota Lama (Kota Bharu); Pasir Tumbuh, Demit (Kubang Kerian); Bukit Panau (Tanah Merah); Chetok (Rantau Panjang); Pasir Mas (Pengkalan Pasir); Mengkebang (Kuala Krai);  Temangan (Machang) dan Pasir Pekan (Tumpat).

“PRN itu nanti, kita (PH) akan memberi peluang kepada wanita untuk diangkat sebagai calon PRN,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya