Poster tuntut bebas Najib Razak disebar

Poster tuntut bebas Najib Razak disebar di Perhimpunan Agung UMNO

SEBAHAGIAN ahli perwakilan turut menyebarkan poster berkenaan Solidariti untuk mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak “Justice for Najib Razak” di perkarangan lobi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini. -UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Poster menuntut pembebasan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak tersebar di perkarangan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), pagi ini.

Kejadian tersebut berlaku ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berarak masuk ke dewan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa pimpinan lain.

Ketika ditanya mengenai poster tersebut, ahli UMNO itu berkata, ia didalangi seorang pemimpin UMNO dan mereka hanya menerima arahan supaya poster itu diserahkan kepada perwakilan yang ada sewaktu Perdana Menteri tiba di WTC.

Di dalam poster itu juga, turut tertera ayat ‘solidariti untuk Najib Razak, Justice for Najib Razak’ dengan gambar bekas Perdana Menteri itu mengenakan baju Melayu berwarna merah serta bersongkok, dalam keadaan menadah tangan seperti sedang berdoa. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya