PN label Anwar Perdana Menteri 'kluk-klek'

PN label Anwar Perdana Menteri ‘kluk-klek’

HAMZAH Zainudin semasa berucap pada Ceramah Ppkat Pertahan Kelantan : Pas Pilihanku dan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) melabelkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menguruskan pentadbiran negara ketika ini sebagai ‘kluk-klek’ atau tunggang-terbalik.

Setiausahanya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu dapat dilihat apabila Anwar sering ‘berbohong’ setiap berucap.

“Bohong ‘makanan Anwar’. Kalau tak berbohong mungkin beliau akan sakit. Bohong itu munafik.

“Kita minta Anwar dan Rafizi (Ramli) supaya berhenti berbohong kerana rakyat sudah tidak mahu mendengarnya,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Ppkat Pertahan Kelantan : Pas Pilihanku dan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Ahli Parlimen Larut itu memberitahu, pihaknya akan menjadikan Kerajaan Perpaduan ‘keluk-klek’ sebagai modal pada PRN kali ini.

Katanya, seluruh jentera akan diberikan arahan supaya memberikan penjelasan kepada rakyat diperingkat akar umbi berkait dengan isu tersebut.

“Selain itu, mereka (Kerajaan Perpaduan) turut gagal apabila tidak mempunyai polisi untuk menguruskan ekonomi negara,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya