Pihak berkuasa Thailand tingkat kawalan keselamatan pelancong dari Malaysia.

Pihak berkuasa Thailand tingkat kawalan keselamatan pelancong dari Malaysia

MUHAMAD Zaki Harun (tengah) bersalam dengan Timbalan Komander Polis Pelancong Thailand, Mejer Jeneral Phongsiam Meekhanthong yang mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Pihak berkuasa Thailand mempertingkatkan lagi kawalan bagi menjamin keselamatan pelancong Malaysia yang berkunjung ke negara tersebut berada dalam keadaaan terbaik.

Timbalan Komander Polis Pelancong Thailand, Mejar Jeneral Phongsiam Meekhanthong berkata, pemeriksaan dan rondaan di kawasan tumpuan merupakan antara langkah yang diambil oleh pihaknya.

Menurutnya, selatan Thailand merupakan lokasi tumpuan yang sering dikunjungi oleh pelancongan Malaysia selain Songkhla, Chiang Mai dan Bangkok.

“Selepas pandemik Covid-19, Thailand telah mencatatkan peningkatan kemasukan pelancong asing kira-kira 20,000 orang sebulan.

“Demi keselamatan mereka, kita sentiasa melakukan rondaan di kawasan-kawasan terlibat dan pelancong asing boleh menghubungi pusat 24 jam untuk sebarang pertanyaan sekiranya menghadapi sebarang kesulitan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pertemuan Bersama Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, ini adalah pertemuan pertama pihaknya bersama polis pelancong dari negara jiran itu.

Katanya, menerusi kerjasama ini, pelbagai usaha dapat dilakukan secara bersama termasuk dari segi pertukaran maklumat serta idea.

“Pertemuan ini adalah tertumpu kepada keselamatan pelancong dan kita dapat belajar daripada mereka mengenai peranan yang lebih besar berkaitan polis pelancong.

“Memandangkan mereka lebih banyak berurusan dengan ramai pelancong, mereka juga dapat membantu dari segi risikan bagi memastikan tiada sebarang barangan terlarang masuk ke Malaysia,” ujarnya.

Muhamad Zaki berkata, untuk rekod semasa, seramai 91,000 pelancong Malaysia telah masuk ke Thailand melalui tiga pintu masuk di sempadan negeri sejak awal tahun ini.

“Manakala seramai 88,000 pelancong dari Thailand yang ke negara ini melalui pintu masuk di Kelantan,”katanya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya