PH, BN guna logo masing-masing di Kelantan - Utusan Malaysia

PH, BN guna logo masing-masing di Kelantan

NIK Nazmi Nik Ahmad semasa sidang media selepas melawat Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Teluk Renjuna, Tumpat, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan logo masing-masing di negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak berapa lama lagi.

Bagaimanapun, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad  berkata, keputusan penggunaan logo parti di Terengganu belum dimuktamadkan.

“Sebenarnya di Terengganu soal penggunaan logo untuk PRN masih dalam perbincangan dan di Kelantan kita akan guna logo PH.

“Maknanya BN akan guna logo mereka sendiri dan PH akan guna logo sendiri tetapi tidak bertembung dari segi kerusi yang ditandingi,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Teluk Renjuna, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu turut memaklumkan,  rundingan kerusi untuk PRN di Kelantan juga berlangsung dengan agak cepat.

“Jadi bagi saya mood sekarang amat positif di peringkat PH dan kita hendak memastikan ada ‘check and balance’ di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

“Itu misi utama PH dan BN di negeri ini. Jadi pembahagian kerusi antara kedua-dua parti di Kelantan sudah selesai,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, pembahagian kerusi bagi PRN Kelantan memutuskan 14 kerusi akan ditandingi calon PH dan 31 kerusi lagi untuk calon BN.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman dilaporkan berkata, pengagihan kerusi itu dibuat menerusi satu mesyuarat dan setakat ini, uruskan berkaitan perkara itu tidak menimbulkan sebarang masalah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya