Penunggang motosikal maut tercampak, terbabit nahas tiga kenderaan - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut tercampak, terbabit nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan di Kilometer 23, Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu melibatkan dua buah kereta jenis Toyota Corolla Altis serta Perodua Bezza dan sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal yang ditunggang seorang lelaki berumur 33 tahun dan kereta jenis Toyota Corolla Altis yang dipandu seorang lelaki berumur 29 tahun dari arah Seremban hendak menghala ke Kuala Pilah. 

“Kereta jenis Perodua Bezza pula dipandu oleh seorang wanita dari arah Kuala Pilah hendak balik ke rumahnya di Kampung Mampas Besar. Apabila sampai di lokasi kemalangan, semasa motosikal dan kereta Toyota Corolla Altis sedang bergerak terus, tiba-tiba Perodua Bezza yang datang dari arah Kuala Pilah telah masuk ke laluan bertentangan dan terus melanggar penunggang motosikal.

“Pada masa yang sama, pemandu kereta Toyota Corolla Altis yang berada di laluannya yang sah cuba  mengelak tetapi jarak terlalu dekat dan melanggar belakang kenderaan tersebut. 

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal telah tercampak dari kenderaan lebih kurang 11 meter dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Amran lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah bagi pengendalian bedah siasat. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya