Penunggang motosikal kuasa tinggi, peniaga berbalah - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal kuasa tinggi, peniaga berbalah

PIHAK polis menyaman salah seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi yang meletakkan kenderaannya di kaki lima sehingga menghalang laluan di Jalan Majidi, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Keadaan tegang dan perang mulut antara sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dan peniaga tular dalam media sosial ekoran meletakkan motosikal di kaki lima kedai sehingga menghalang laluan di Jalan Majidi, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihaknya mengesan tiga video yang dimuat naik oleh seorang individu memaparkan kejadian penunggang motosikal besar membuat provokasi terhadap individu terbabit.

“Kejadian berlaku pukul 10.15 pagi semalam dan Pusat Kawalan Daerah Muar menerima panggilan memaklumkan terdapat pertelingkahan antara sekumpulan penunggang motosikal dan orang awam.

“Sejurus selepas itu sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar digerakkan ke lokasi kejadian. 

“Pihak polis berjaya meleraikan pertelingkahan itu dan meminta kerjasama penunggang motosikal untuk mengalihkan kenderaan di parkir di kaki lima. 

“Polis turut mengeluarkan tiga saman atas kesalahan menghalang laluan kepada pemilik kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat tindakan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi meletakkan kenderaan di kaki lima kedai terbabit.

“Sentiasalah patuhi undang-undang jalan raya dan meletakkan kenderaan di kawasan yang ditetapkan,” katanya sambil meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi tentang insiden itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya