Penduduk Repek berjaga malam elak lembu korban dicuri

Penduduk Repek berjaga malam elak lembu korban dicuri

ISMAIL Husin memberi makan kepada lembunya yang dikurung di dalam kandang di Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Segelintir pemilik lembu di Kampung Repek, di sini berjaga malam bagi mengelakkan ternakan dicuri sekaligus menjejaskan ibadah korban Aidiladha yang bermula hari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ismail Husin, 62, berkata, bagi mewujudkan suasana selamat ada dalam kalangan pemilik sanggup ‘bermalam’ di kandang lembu terutamanya yang terletak jauh dari kediaman penduduk.

Menurutnya, insiden kecurian lembu dilihat meningkat setiap kali menjelang Hari Raya Aidiladha.

“Sejak menjadi penternak 20 tahun lalu, sudah beberapa kali lembu saya dicuri. Tahun lepas saya kerugian lebih RM10,000 akibat kecurian itu.

“Untuk tahun ini saya membuat keputusan menyediakan kandang berhampiran dengan rumah untuk menempatkan 20 ekor bagi mengelakkan haiwan itu dicuri,” katanya.

Ismail memberitahu, separuh daripada lembu peliharaannya sudah ditempah untuk ibadat korban.

Bagi Nasir Che Kob, 58, pula, dia tidak pernah berdepan dengan situasi lembu hilang akibat di curi bagaimanapun perasaan berdebar-debar sentiasa menghantui apabila memikirkan perkara tersebut.

“Perasaan itu akan hilang apabila lembu tersebut selesai dikorban, bagaimanapun saya menyerahkan semua kepada Allah selain berusaha menjaga haiwan itu.

“Ramai yang berpesan, jaga elok-elok lembu, risau kena curi apabila lori datang angkut bawa lari lembu waktu malam,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN