Pelajar tahfiz cipta Malaysia Book Of Record

Pelajar tahfiz cipta Malaysia Book Of Record

ANTARA tulisan kalimah Allah SWT yang berjaya mencatat rekod Malaysia Book of Records hasil pelajar tahfiz Madrasah An-Nuur (MAN).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Madrasah An-Nuur (MAN) berjaya mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi projek Kembara Dua Juta Kalimah Allah.

Pengasas dan pengetua Madrasah An-Nuur (MAN), Noor Effendi Hamid berkata, projek berkenaan disiapkan dalam tempoh sembilan hari dengan menggunakan kertas lukisan sepanjang 177 meter dan 0.58 meter lebar.

Katanya, dalam program berkenaan, pelajar serta guru berada dalam keadaan berwuduk sambil mendengar alunan zikir selain pewarna dicampur dengan air zam zam ketika tulisan kalimah itu dibuat.

“Seramai 77 pelajar lelaki juga 56 perempuan terbabit dalam projek ini selain tenaga pengajar mereka dan lebih istimewa apabila Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad turut sama menulis kalimah yang ke dua juta.

“Kami mencipta rekod pertama di Universiti Sultan Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu pada 2015 apabila sebanyak 1.3 juta tulisan kalimah Allah dihasilkan dan kali ini sebanyak dua juta,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah Noor Effendi, secara puratanya, setiap pelajar dan tenaga pengajar menulis 15,000 kalimah Allah.

“Setiap helai kertas lukisan pula mempunyai sekurang-kurangnya 9,500 kalimah yang sama.

“Kertas tulisan itu turut dijual di mana hasil jualan akan digunakan untuk pembangunan madrasah sebagai satu cara pihaknya menjana pendapatan tanpa meminta derma,” jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Affendi berkata, kertas tulisan itu turut dijual dan hasil jualan akan digunakan untuk pembangunan madrasah sebagai satu cara pihaknya menjana pendapatan tanpa meminta derma.

“Sebanyak 15 keping terjual pada hari penganugerahan sijil oleh MBOR di mana pembeli terdiri daripada orang perseorangan, bapa pelajar dan syarikat korporat.

“Setiap helai kertas lukisan lengkap dengan nombor siri MBOR dijual dengan harga bermula RM2,000 dan kita sasarkan jualan sebanyak RM436,000,” katanya.

Kembara 2 Juta Kalimah Allah telah ditaja oleh syarikat Xfox Market Bhd. yang bertapak Bandar Pinggiran Subang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya