Pelajar SPM raih 11A+ jadikan ayat suci al-Quran 'teman' masa ulang kaji

Pelajar SPM raih 11A+ jadikan ayat suci al-Quran ‘teman’ masa ulang kaji

NIK Nur Adreeana Nik Mohd. Kamil menunjukkan keputusan cemerlangnya dalam SPM 2022 di SMK Agama Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mendengar ayat-ayat suci al-Quran semasa mengulang kaji pelajar merupakan antara faktor kejayaan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lil-Banat di sini memperoleh 11 A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Nik Nur Adreeana Nik Mohd. Kamil, 18, dia mula mengamalkan amalan mendengar ayat al-Quran semasa belajar sejak berusia 15 tahun iaitu ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sejak itu, saya menjadikan amalan mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran setiap hari sehingga menduduki peperiksaan SPM.

“Daripada segi pembelajaran di sekolah pula, saya banyak memberi tumpuan dan akan sedaya upaya menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Nik Nur Adreeana yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu, dia menggunakan masa dua jam untuk belajar setiap hari sebagai persiapan menduduki SPM selain mengikut kelas tambahan pada sebelah petang dan malam di sekolah.

Katanya, selain itu, dia juga banyak mempelajari teknik mengulang kaji pelajaran menerusi YouTube yang banyak memudahkannya daripada aspek pemahaman setiap mata pelajaran.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana memperoleh keputusan cemerlang ini. Pada peperiksaan percubaan SPM, saya juga mendapat keputusan 11 A+ dan dapat meneruskan kejayaan sehingga ke SPM,” katanya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya