Pelajar cemerlang 11A 'sebak' terima lesen memandu percuma

Pelajar cemerlang 11A ‘sebak’ terima lesen memandu percuma

MUHAMMAD Syahril Saidi (tengah) menerima sumbangan daripada Noor Haslina di rumahnya, di Kampung Kandis, Bachok, Kelantan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Pelajar cemerlang, Muhammad Syahril Saidi, 18, yang memperoleh keputusan 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 tidak dapat menahan sebak apabila menerima lesen memandu percuma tajaan Akademi Memandu Amkist (Amkist) di Kampung Kandis, di sini.

Muhammad Syahril berkata, dia berterima kasih kepada pihak Amkist yang sudi menanggung semua perbelanjaan bagi membolehkan dia memperoleh lesen kelas D dan B2.

Menurutnya, dengan lesen itu nanti ia akan memudahkan urusannya untuk berulang-alik ke sekolah bagi menyambung pengajian ke peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Saya sepatutnya menduduki ujian pemanduan motosikal pada 11 Jun lalu namun terpaksa ditangguhkan kerana kematian ibu, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53 yang sakit sejak empat tahun lalu.

“Jadual belajar memandu terpaksa ditukar sebelum ini kerana saya lebih fokus kepada tanggungjawab menjaga ibu,” katanya ketika ditemui pada majlis ziarah kasih Amkist di rumahnya di Kampung Kandis, di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengarah Urusan AmKist, Noor Haslina Abdullah bersama rombongannya turut menyumbangkan RM1,000 selain memulangkan kembali wang bayaran ujian memandu yang telah dilunaskan pelajar berkenaan.

Muhammad Syahril memberitahu, yang untuk membuat lesen itu diberikan oleh abang dan kakaknya untuk memudahkan urusannya.

Sementara itu, Noor Haslina berkata, Muhammad Syahril akan menduduki ujian pemanduan motosikal pada 21 Jun ini selain menduduki pembelajaran memandu kereta selama 14 jam lagi.

Katanya, tajaan yang disalurkan adalah sebahagian sumbangan sosial korporat AmKist untuk meringankan beban pelajar yatim dan yatim piatu.

“Pada April lalu Amkist memperuntukkan RM23,550 menerusi Program Santuni 50 Anak Yatim yang ditaja untuk mendapatkan lesen motosikal kelas B2,”ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya