KUALA TERENGGANU: Pelajar hilang penglihatan, Khairulanwar Zakaria, 19, muncul calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) terbaik di Terengganu apabila memperoleh 5A+ dan 2A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan semalam. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar di sini dilahirkan normal, namun kehilangan deria penglihatan ketika berusia 13 tahun akibat masalah pada bahagian korteks otak yang disahkan oleh doktor sebagai ‘both eyes cortical blindness’. Khairulanwar berkata, pada mulanya, dia memang tidak bersemangat untuk belajar dan berasa seolah-olah dunia sudah gelap. Namun, berkat sokongan keluarga, dia berlatih mempelajari Braille ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya