Pelajar 11A SPM lulus lesen memandu B2

Pelajar 11A SPM lulus lesen memandu B2

MUHAMMAD Syahril Saidi ceria selepas lulus ujian amali JPJ bagi lesen B2 di AmKist, Kandis, Bachok, Kelantan hari ini.UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Muhammad Syahril Saidi,18, yang memperoleh keputusan 11A walaupun menjaga arwah ibunya yang terlantar sakit lulus dalam ujian lesen motosikal kelas B2  di litar ujian Akademi Memandu Amkist (Amkist) Kampung Kandis di sini hari ini.

Pengarah Urusan Amkist, Noor Haslina Abdullah berkata, Muhammad Syahril menduduki ujian memandu motosikal dalam tempoh satu jam bermula pukul 11 pagi tadi.

Menurutnya, pelajar itu mendaftar di Amkist pada 18 Mac lalu dan mula belajar peraturan jalan raya dan amali menunggang motosikal pada 2 hingga 20 Mei lepas.

“Ujian amali lesen B2 dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepatutnya dijalankan pada 11 Jun lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana ibunya meninggal dunia. Ujian semula ditetapkan pada hari ini dan Muhammad Syahril lulus dalam ujian tersebut.

“Selepas ini, Muhammad Syahril perlu belajar selama 14 jam belajar bagi menduduki ujian amali JPJ untuk lesen kereta kelas D,” katanya ketika ditemui di AmKist di sini hari ini.

Sementara itu, Muhammad Syahril ketika ditemui menyatakan kesyukuran dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu untuk mendapatkan lesen memandu.

Katanya, lesen motosikal kelas B2 itu sekali gus memudahkan dia untuk berulang-alik ke sekolah ketika ini. 

“Allah SWT permudahkan segalanya apabila kita cakna dan kasih kepada ibu bapa selain menjaga adab dengan orang lain,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Muhammad Syahril bersyukur apabila terpilih untuk menerima tajaan membuat lesen memandu dari Amkist.

Katanya, bayaran sebanyak RM1,410 untuk membuat lesen hasil sumbangan adik-beradiknya yang sudah dibayar kepada Amkist sudah dikembalikan oleh pihak akademi memandu itu kelmarin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya