Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak siap sepenuhnya 2025 

PARLIMEN: Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak siap sepenuhnya 2025 

PEMANDANGAN udara Jajaran Serian bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang sepanjang 33.65 km siap sepenuhnya pada 4 Disember 2022.-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan bahawa Fasa 1 bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sabah dan Sarawak dijangka siap sepenuhnya pada 2025.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ini berdasarkan beberapa pakej kerja di kedua-dua negeri tersebut masih dalam proses pembinaan.

Katanya, di LPB Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer, ia dibahagikan kepada 35 pakej kerja dan 15 daripadanya menyaksikan pelantikan kontraktor sudah dibuat.

Katanya, pelantikan itu adalah bagi tujuan kerja-kerja pembinaan dan status kemajuan sehingga kini adalah 75 peratus siap.

Katanya, bagi Fasa 1 LPB di Sarawak pula, satu pakej kerja iaitu pakej Telok Melano ke Sematan siap sepenuhnya pada Januari 2019.

“Secara keseluruhan, dua pakej kerja dibuka untuk pengguna jalan raya manakala baki 13 pakej kerja dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2025 manakala status satu pakej kerja baharu iaitu Pakej Kerja 9 yang melibatkan laluan dari Serusop ke Pituru pula dijangka dilaksanakan seawal suku tahun kedua 2023. 

“Ini menjadikan keseluruhan 16 pakej kerja akan dilaksana buat masa kini,” katanya semasa Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan Mordi Bimol [PH-Mas Gading] yang mahu mengetahui status terkini serta tempoh jangka siap pembinaan Projek LebuhRaya Pan Borneo di kedua-dua wilayah itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya